Friday, September 26, 2014
pedih hatiDi Pintu Syurga by Dayang Nurfaizah
Segalanya kaku
Hati terus menangis
Bila mengenangkan
Dirimu telah tiada
Kau pergi tanpa pesan
Tinggal aku sendiri
Menghitung hari
Tiada daya
Hilanglah sepi
Duhai kekasih hati
Katakanlah padaku
Bahawa semua ini
Hanya igauan mimpi
Aku tak sanggup kasih
Kehilangan dirimu
Walau sedetik rindu mencengkam
Terasa pedih
Doaku kasih kita bersua
Di pintu syurga
*menangis sebatang sungai*
Tuesday, September 16, 2014
twelfthI always think of you.
Always have.
Always been.
Saturday, September 06, 2014
tragedi septemberHari ini dlm sejarah. Sekitar jam 8.10pm td buat pertama kalinya dlm seumur hidup terlibat dlm kemalangan jalanraya. Kerete my sis dihentam secara maha kuatnya dari belakang lantas mengakibatkan dia tercium manja lampu dan bumper kereta di hadapan. Itu pun mujur dia mengelak ke tepi jalan. Kalau tidak, mungkin lebih dahsyat keadaannya. Nauzubillah.
Alhamdulillah pemandu dan penumpang selamat. Cuma terkejut sikit. Tp kereta jgn ceritalah. Cedera parah. Seremuk hati ini. Hurmm.. dugaan.
Friday, September 05, 2014
sila bawa bertenangTd kemas robok baju. Amboi.. baju banyak2 nak pergi mana? Patutlah palang robok tu roboh tempoh hari. Tak mampu bertahan. Mujur boleh pasang balik. Phewww..
Terkejut okeh bila tetiba tersedar ada banyak baju yg belum pernah dipakai. Lebih dari 10 helai. Astaga.. kenapa rakus benar? *tepuk dahi* Dan yg lebih gilanya, nafsu membeli sentiasa membuak. Tak cukup2. Tak puas2. Dasar.
Oh my. This is so wrong. Perlu segera berhenti tabiat membeli belah atas talian yg amat menketagihkan (?) itu. Mesti.
Monday, September 01, 2014
asam pedas ayamIMO, asam pedas ayam adalah lebih sedap dari asam pedas ikan. Titik. Tp sejak arwah mak dah takde ni, jarang sesangat dapat menikmatinya. Nak masak sendiri tak reti. Yg jual kat kedai pulak tak menepati citarasa. Kekadang kalau ada rezeki dapatlah merasa asam pedas SIL (yg sempat berguru dgn arwah mak).
Beberapa minggu yg sudah rasa teringin daku seolah2 tak boleh dibendung. Nak sgt makan mengalahkan ibu mengandung yg mengidam. Maka dgn nekadnya, iols try masak. Cuba dapatkan rasa sama mcm asam pedas arwah mak. Misi mustahil. Air tangan mak kot. Mana ada gantinya (sobs!).
Mula2 mmg hampa sungguh perasaan sebab rasanya tak memenuhi jangkaan. Siap cakap mungkin akan try masak lagi 5 tahun. Amboi.. drama sgt. Tp bila dah pekena dgn nasi, perghh.. power hoi. Licin pinggan. Bhahaha! So kira sukses lah jugak cubaan pertama. Jyeah! Next time kita kasi improve lagi. Fighting!
Saturday, August 30, 2014
burung hantu3.07am dan masih berjaga. Ya, penyakit payah tidur dan daku sememangnya berpisah tiada. Lagi2 tgh diserang selsema dan batuk, makin hazabedah ler jadinya.
Agak stress sejak beberapa hari sudah dgn batuk yg super annoying ini. Tak tertahan rasanya asyik terkokol2. Sakit dada hoi. Makan ubat pun mcm tak berkesan je kaedahnya. Haihh.. bila nak game ni?
Friday, August 22, 2014
#takziahmh1722 Ogos. Hari bersejarah. Hari berkabung Malaysia. Hari pulangnya 20 jenazah nahas MH17. Hari yg suram dan penuh emosi.
Selamat kembali ke tanah air. Al-fatihah.
Thursday, August 21, 2014
lapareena kapoorSesungguhnya daku sedang menanggung kelaparan yg maha dahsyat. Tak sabar rasanya nak tunggu siang. Dah plan nak masak nasi ayam. Hazabedah kot hari ni cuma alas perut dgn coklat dan takoyaki saje. Sadis.
Nasi ayam yg dihasilkan guna beras basmathi yg semestinya terbaik dari ladang (oh so yummeh!). Kemain jauh beli. Siap kena cop passport. Lol. Wahai matahari, segeralah muncul please.
Wednesday, August 20, 2014
tersumbatRasa mcm ada banyak benda yg nak dingomelkan. Tp bila buat cubaan mengemaskini belog, satu apa pun tak nak keluar. Nampak tak permainan dia? Hampeh.
